Monday 13 February 2012

Perhimpunan Rasmi Isnin

Assalamualaikum.
Pada pagi Isnin, selepas nyanyian Negaraku, hujan turun. Perhimpunan terpaksa diteruskan di kantin.
*Tuan Haji Azlan, guru yang bertugas minggu lepas berucap:

  • Baik dan memuaskan.
  • Waktu solat 1.30 petang, pelajar ke surau
  • Ringankan mulut memberi salam @ menegur.
  • Waktu meninggalkan kelas, pastikan suis kipas dan lampu dimatikan.

*Encik Zainal-Majlis Penyampaian Sijil & Pingat:

  • Kejohanan Badminton-Lelaki bawah 15 mendapat Naib Johan
  • Hoki MSSD-Pasukan perempuan berjaya mendapat Naib Johan
                            Penjaring gol terbanyak-Adik Wahida

  • Merentas Desa peringkat Negeri-Mendapat saguhati-Nur Afiqah Natasha bt Banjar
  • Uniform lengkap terbaik-Nor Faziela bt Sarbini

*Pengetua berucap

  • Ucapan tahniah kepada pelajar yang hadir pada 11 Feb (sekolah ganti)
  • Ucapan tahniah dan terima kasih kepada pemenang dan guru pembimbing yang mewakili sekolah
  • USAHA DAN KOMITMENT-sikap yang agak penting dan membantu sekolah untuk mencapai apa yang ditujukan dalam visi.
  • Guru-guru perlu menunjukkan komitmen untuk mencapai kegemilangan.
  • Ucapan akhir-puan pengetua telah mengesyorkan pengurusan

A-Attitude
B-Believe
C-Confident
D-Determination
Perhimpunan bersurai.

Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

Assalamualaikum.
Maulidur Rasul (Arab:kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

"Sesungguhnya orang yang paling aula (utama) bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (Hadis Riwayat at-Tarmidzi)


Friday 3 February 2012

Bercuti lagi

Assalamualaikum.
Bermula pada hari esok, Sabtu:4 Feb 2012 sehingga Selasa:7 Feb 2012, warga SMK Nitar bercuti selama 4 hari, sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dan Thaipusam. Setelah seminggu bercuti sempena Tahun Baru Cina, kini bercuti lagi. Pesanan untuk semua, selamat bercuti. Pesanan untuk pelajar pula, selamat menyiapkan kerja rumah sepanjang bercuti. Jangan malas-malas. Sekian.

Guru Disiplin bertukar sekolah

Assalamualaikum.
Seperti yang semua tahu, guru disiplin kita, Ustaz Mohd. Ismadi bin Suhaimi telah pun membuat pertukaran sekolah ke SMKA Kuala Lumpur. Pada hari merentas desa lalu, beliau bersama kita menyaksikan kemenangan rumah Rajawali dalam Kejohanan Merentas Desa kali ke-22. Hari tersebut merupakan hari terakhir beliau berada di SMK Nitar. Pemergian beliau ke sekolah luar adalah berat untuk kami warga sekolah menerima, namun itulah keputusan beliau. Kami di sini, akan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan beliau di ibu kota. Ketika beliau membuat sedikit ucapan terakhir pada hari tersebut, beliau berpesan agar pelajar SMK Nitar menjadi 'orang'. Saat beliau meminta maaf daripada kami, perasaan sebak mulai menyelubungi. Tetapi, walau apapun kami warga sekolah akan sentiasa menyokong beliau. Pesanan buat Ustaz Ismadi, "jangan lupakan kami disini ya." Selalu-selalulah datang ke SMK Nitar kalau rindu. Sekian.

*gambar beliau bersama isteri. (gambar ini sahaja yang ada)