SMKN



PIAGAM PELANGGAN SMK NITAR

Kami warga SMK Nitar dengan penuh tekad dan iltizam dan dengan berlandaskan Falsafah Kebangsaan serta Wawasan 2020 berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
  • Bekerja dengan penuh keazaman, ikhlas dan amanah.
  • Membimbing pelajar ke arah kecemerlangan pendidikan.
  • Bekerja secara bersama untuk mengatasi cabaran kurikulum dan kokurikulum.
  • Memastikan semua pelajar boleh belajar dengan baik dan berkesan.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
  • Berusaha meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan.
  • Memupuk budaya prihatin dan penyayang.

LAGU SEKOLAH

Sekolah Menengah Nitar
Gedung ilmu yang tercinta
Mendidik memimpin kami
Mencapai cita-cita murni

Kami semua bersatu
Bernaung di bawah bumbungmu
Putra putri yang setia
Taat berbudi dan berjasa

Marilah kita berjanji
Membentuk akhlak terpuji
Menjadi insan bertakwa
Kebanggaan negara tercinta

Ilmu pelita hidup kami
Cogan kata yang abadi
Mendidik memimpin semua
Menuju ke gerbang jaya